Surah Al-Faatihah - سورة الفاتحة
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
AsSalamualaikum
Salam Jumaat
Alhamdullilah diizinkan ALLAH ku menulis lagi..
kali ini surah Al Fatihah.
Pandangan di bawah adalah pandangan peribadi, terbuka untuk ditegur untuk kebaikan bersama
Bila di perhatikan bait surah ini. didapati
Ayat pertama - Memuji ALLAH swt dengan sifat Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ayat -kedua- Memuji ALLAH dengan sifatnya Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Ayat ke tiga - Memuji ALLAH dengan sifatnya Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ayat ke Empat- Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Ayat kelima- Hamba ini memohon (permulaan doa, merayu pada ALLAH)di dalam solat..
- Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Ayat ke Enam - Hamba ini meminta... Ya ALLAH
- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Ayat ke Tujuh- merayu pohon diberi petunjuk jalan yang benar-benar lurus (dalam menghadapi Ujian Dunia) untuk mendapatkan jalan seperti golongan pertama
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka (golongan 1 yang ingin diikuti)
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (Golongan ke 2- yang telah dimurkai)
dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Golongan ke 3- orang-orang sesat)
4 Ayat memuji, 2 Ayat merayu, 1 ayat -matlamat rayuan
Oleh itu , kini aku mengerti yang setiap kali berdoa, adabnya seperti
ciri surah ini iaitu formulasi 4-2-1.
memuji, memuji,memuji,memuji
merayu, merminta,
matlamat permintaan
Satu permintaan dengan specific matlamat.
""Tunjukilah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka""
Jalan di dunia ini sangat banyak jalan dan yang diperlukan adalah jalan ALLAH yang lurus, iaitu jalan golongan penerima kurnia nikmat ALLAH.
Alhamdullilah...
Itu dahulu yang nak di kongsi, Semuanya datang dari ALLAH. cetusannya , Ilhamnya, masa menulis, interpetasinya... semuanya .. Yang buruk dari dari kelemahan ku sendiri.
Wassalam
Masha Allah, Teknik berdoa 4:2:1 dalam surah yg setiap hari kita baca..
ReplyDeletesangat bermanfaat..
semoga diberi kelapangan masa utk menulis lagi..
Syukran. =)