Saturday 29 November 2014


AsSalamualaikum
petang tadi aku mencari manakah tempat lawatan teknikal yg sesuai utk Master Kecemasan dan Pelan Tindakan. Bersyukur ku ALLAH Swt memberi ilham utk aku menentukan kumpulan bencana alam adalah dari Air Api Tanah Angin
Selamat Hari ini baru beberapa ini yang ku jumpa

Ada 2 ayat
Hujan Banjir
Laut Tsunami

Ada 2 ayat
Matahari panas api
Gunung berapi

Ada 2 ayat
Tanah gempa bumi(pergerakan plat bumi)
Tanah runtuh (pergerakan air)
Tanah tandus (Tiada hujan dan air dari bumi)

Ada 10 ayat
Angin ribut
Udara jerebu

Agensi respon kecemasan hanya boleh mengawal dan memadam api kecil akibat panas dan api Akibat buatan manusia.

Namun lain2 ciptaan ALLAH Swt.  Kita tidak mampu mengawal dan hanya menyelamatkan manusia.

Dan INGATLAH ALLAH akan turunkan Sangkala juga melalui TIUPAN angin yang memusnahkan semua makhluk bila datang nya kiamat. Oleh itu Bencana dari angin adalah 10 kali kekuatan diulang dari yang lain2
 Ayat nya adalah seperti berikut
Bencana Gunung Berapi

[18:45, 29/11/2014] khalina: Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Ar-Ra'd 13:31) |

Panas api kebakaran

[18:46, 29/11/2014] khalina: Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
(Al-Buruuj 85:10)

Hujan bencana banjir

[18:51, 29/11/2014] khalina: Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(Yunus 10:24)


Air bumi minuman

[18:53, 29/11/2014] khalina: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
(Al-Baqarah 2:60)

Bencana dari langit. Kering tandus

[18:55, 29/11/2014] khalina: Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
(Al-Kahfi 18:40)


Bencana udara sejuk

[19:02, 29/11/2014] khalina: Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(A-li'Imraan 3:117)

BENCANA angin ribut kencang  laut Tsunami



[19:05, 29/11/2014] khalina: Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
(Yunus 10:22)

Gempa Bumi


 |
[19:06, 29/11/2014] khalina: Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?
(Al-Israa' 17:68)

Angin ribut taufan

[19:08, 29/11/2014] khalina: Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?
(Al-Israa' 17:69)


Taufan



[19:09, 29/11/2014] khalina: Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
(Al-Ahzaab 33:9)


Angin Ribut kencang


[19:10, 29/11/2014] khalina: Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).
(Fussilat 41:16) |

Awan /Angin bawa siksa



[19:11, 29/11/2014] khalina: Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
(Al-Ahqaaf 46:24)

Angin Ribut



|
[19:12, 29/11/2014] khalina: Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -
(Adz-Dzaariyaat 51:41)


Angin Taufan

[19:12, 29/11/2014] khalina: Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.
(Adz-Dzaariyaat 51:42)

Angin ribut



[19:13, 29/11/2014] khalina: Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
(Al-Qamar 54:19)

Angin Taufan

[19:13, 29/11/2014] khalina: Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
(Al-Haaqqah 69:6)

Tanah runtuh

[19:16, 29/11/2014] khalina: Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
(Al-Qasas 28:81)

1 comment:

  1. Typo : Master Pelan Tindakan Kecemasan di Fakulti Kejuruteraan UPM. yang mana siswazah nya terdiri dari anggota dari agensi respon kecemasan spt AFRS JPAM MKN Jabatan Laut BOMBA PDRM

    ReplyDelete